Cari Apa yang Anda Mahu dengan GOOGLE

Custom Search

Sunday, April 26, 2009

TAYLOR SWIFT MELODIC TRANCE



TAYLOR SWIFT...LAGU LOVE STORY ALA TRANCE....STYLE GILER

Tuesday, March 31, 2009

Apa Itu Skim Piramid?

Skim piramid ialah model perniagaan yang tidak dapat dikekalkan yang membabitkan pertukaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim ini, biasanya tanpa barangan atau perkhidmatan disertakan.

Skim piramid adalah haram di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat,[1] Great Britain, Australia dan New Zealand.[2] Skim sebegini telah wujud selama sekurang-kurangnya satu dekad.


bagaimana kalau semua berkembang join skim Piramid



Month 1: 2 ( 1 new)
Month 2: 4 ( 2 new)
Month 3: 8 ( 4 new)
Month 4: 16 ( 8 new)
Month 5: 32 ( 16 new)
Month 6: 64 ( 32 new)
Month 7: 127 ( 63 new)
Month 8: 252 (125 new)
Month 9: 500 (248 new)
Month 10: 992 (492 new)
Month 11: 1,968 (976 new)
Month 12: 3,904 ( 1,936 new)
Month 13: 7,744 ( 3,840 new)
Month 14: 15,366 ( 7,622 new)
Month 15: 29,652 ( 14,286 new)
Month 16: 59,720 ( 30,068 new)
Month 17: 119,556 ( 59,836 new)
Month 18: 238,628 ( 119,072 new)
Month 19: 476,772 ( 238,144 new)
Month 20: 953,060 ( 476,288 new)
Month 21: 1,905,636 ( 952,576 new)
Month 22: 3,810,788 ( 1,905,152 new)
Month 23: 7,621,092 ( 3,810,304 new)
Month 24: 15,241,700 ( 7,620,608 new)
Month 25: 30,482,916 ( 15,241,216 new)
Month 26: 60,965,348 ( 30,482,432 new)
Month 27: 121,930,212 ( 60,964,864 new)
Month 28: 378,077,668 ( 256,147,456 new)
Month 29: 890,372,580 ( 512,294,912 new)
Month 30: 1,914,962,404 (1,024,589,824 new)
Month 31: 3,964,142,052 (2,049,179,648 new)
Month 32: 8,062,501,348 (4,098,359,296 new)


Terdapat model perniagaan lain yang menggunakan jualan-silang seperti multi-level marketing (MLM) atau rancangan parti yang sah dan mampu bertahan, sungguhpun terdapat bahagian kabur dalam kebanyakan kes. Kebanyakan skim pyramid mengambil peluang ke atas kekeliruan antara perniagaan sebenar dan penipuan membuat wang yang rumit.

MODEL
Idea asas bagi setiap penipuan adalah seseorang itu membuat hanya satu pembayaran, tetapi dijanjikan keuntungan berganda dari orang lain sebagai balasannya. Contoh biasa mungkin tawaran yang dengan bayaran, membenarkan mangsa menjual tawaran yang sama kepada orang lain, atau menerima bonus melalui orang yang mereka rujukkan. Setiap penjualan merangkumi bayaran kepada penjual asal.

Jelas, kelemahannya adalah tidak terdapat keuntungan akhir; secara mudah wang itu bergerak ke rantaian atas, dan hanya orang asal (atau paling baikpun, sebahagian kecil peserta) menang dalam penipuan pengikut mereka. Sudah pasti, orang yang dalam keadaan paling buruk adalah mereka yang berada di dasar pyramid: mereka yang menyertai skim tersebut, tetapi tidak mampu mendapatkan sebarang pengikut di bawah mereka sendiri. Untuk mengemburkan tindakan ini, kebanyakan skim mempunyai rujukan, maklumat dan persaksian palsu.


INTERNET

Pada tahun 2003, satu "skim piramid" berasaskan Internet [3] dibongkar oleh FTC, di mana pelanggan membayar yuran pendaftaran bagi menyertai program dan membeli pakej yang termasuk gudang Internet (Internet mall) dan khidmat dan barangan berkait. Aduan FTC menyatakan bahawa syarikat menjamin pengguna yang membeli pakej tersebut bahawa pakej tersebut akan membenarkan mereka mendapat komisen bagi setiap WebSuite yang dijual.

FTC menuduh bahawa syarikat tersebut salah tonjol bahawa pelanggan yang terbabit dalam skim mereka akan mendapat pendapatan yang lumayan, sedangkan kebanyakan pelanggan kerugian dalam operasi tersebut, dan pembela membekalkan bahan pemasaran penipuan kepada rakan berkait (affiliates - membekalkan mereka cara menipu orang lain; dan akhirnya, syarikat gagal menjelaskan bahawa sebahagian besar peserta akan kehilangan wang, dan skim tersebut sebenarnya merupakan skim piramid haram.

Ciri-ciri penentuan

Ciri-ciri penentuan skim sebegini adalah fakta bahawa barangan yang dijual tidak bernilai atau bernilai rendah secara sendirinya atau dijual pada harga jauh lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran adil. Sebagai contoh termasuk "barangan" seperti risalah, kaset rakaman, atau system yang sekadar menjelaskan kepada pembeli cara mendapatkan peserta baru, atau membeli nama dan alamat bagi calon pembeli masa hadapan. Kos untuk "keluaran" sebegini mampu meningkat sehingga ratusan atau ribuan ringgit. Versi Internet biasa membabitkan penjualan dokumen berjudul "Bagaimana membuat $1 juta di Internet" dan sepertinya. Hasilnya adalah hanya orang yang menyertai skim tersebut akan membelinya dan satu-satunya cara membuat duit adalah mendapatkan lebih ramai orang bawahan yang akan membayar dengan harga yang lebih dari nilai barangan. Jumlah tambahan ini digunakan bagi membiayai skim pyramid ini. Hasilnya, skim ini berakhir dengan membayar peserta baru melalui jualan barangan dengan harga yang tinggi dan bukannya melalui pembayaran yuran pendaftaran awal “peserta”.

Ciri-ciri utama skim piramid termasuk yang berikut (tidak menyeluruh):-

* Hebahan jualan yang bersemangat (kadang-kala termasuk prop dan/atau promosi).
* Tiada atau hanya sedikit maklumat mengenai syarikat kecuali sekiranya pelabur membeli barangan dan menjadi peserta.
* Janji yang kabur mengenai potensi pendapatan yang tiada had.
* Tiada keluaran, atau keluaran dijual pada harga yang melampau dari harga sebenar di pasaran. Sebagaimana syarikat induk, barangan digambarkan secara kabur.
* Aliran pendapatan yang bergantuung kepada komisen yang didapati melalui pendaftaran ahli baru atau melalui pembelian barangan untuk kegunaan ahli dan bukannya bagi penjualan kepada pelanggan yang bukan pelanggan kepada skim tersebut.
* Kecenderungan untuk hanya pelabur awal/peserta yang benar-benar mendapat keuntungan.
* Cuba menyakinkan bahawa tidak salah menyertai skim tersebut.

Perbezaan utama antara skim ini dan perniagaan ‘’Multi-level marketing – (MLM) yang sah adalah yang terkemudian memberikan pendapatan yang mencukupi hasil jualan barangan atau perkhidmatan berkait kepada pelanggan yang tidak menyertai skim tersebut. Sementara sesetengah perniagaan MLM itu turut menawarkan komisen dari pengambilan pelanggan baru, ini tidak penting bagi menjayakan operasi business tersebut oleh setiap ahli. Ketiadaan bayaran bagi mendapatkan ahli baru juga bukannya bererti sesebuah MLM bukannya pelindung bagi skim piramid. Ciri-ciri yang membezakan adalah saada wang bagi skim tersebut sebahagian besarnya dating dari peserta itu sendiri (skim piramid) atau dari jualan barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan yang tidak menyertai skim tersebut (MLM yang sah).

Ketepuan pasaran

Lebih 90% dari peserta yang terbabit dalam skim pyramid tidak pernah mendapat balik pelaburan awal mereka.

Mereka yang di dasar pyramid, tidak kira bagaimana cetek atau dalam ia, akan sentiasa “kehilangan” wang mereka. Ia mudah bagi melihat bilangan di dasar piramid “sentiasa” melebihi jumlah kesemua aras atas, tidak kisah berapa banyak tingkat yang ada. Jika setiap tingkat perlu mendapatkan enam di bawah mereka, nisbah rugi kepada untung adalah hamper 5 kepada 1 - ~84% dari kesemua pelabur akan kehilangan pelaburan mereka. Secara reality Piramid ini tidak akan seimbang dengan sempurna dan sesetengah peserta mungkin mampu mendapatkan sebahagian jumlah peserta mereka, tetapi prinsip yang sama masih diguna-pakai.

MODEL "8 BOLA"



Kebanyakan skim pyramid lebih maju (‘’sophisticated’’) berbanding model mudah. Ini mengenali bahawa mendapatkan sejumlah besar peserta baru kedalam skim ini mungkin sukar dengan itu model yang kelihatan lebih mudah digunakan. Dalam model ini setiap orang perlu mendapatkan dua peserta yang lain, tetapi pencapaian mudah ini ditengelami dengan peningkatan tingkat yang diperlukan bagi mendapatkan wang turut meningkat. Skim ini memerlukan seseorang mendapatkan dua orang baru, yang perlu
mendapatkan dua peserta baru, yang perlu mendapatkan dua peserta baru.

== SKIM PIRAMID ==

selalunya mereka yang mengamalkan skim cepat kaya ini adalah orang-orang yang tak bertanggungjawab. Tapi ramai orang masuk kerana tiada usaha yang perlu dibuat hanya menunggu keuntungannya yang telah dijanjikan berlipat kali ganda. Tiada Produk dikeluarkan, hanya deposit dari ahli-ahlinya, keuntungannya dari deposit yang dilaburkan oleh ahli-ahli terkemudian. Selalunya keuntungan pelabur awal akan lebih bayak dari pelabur terkemudian.

Thursday, March 26, 2009

jom kita support earth hour






sempena hari earth hour marilah kiter bersama support earth hour dengan memadam lampu bagi mengatasi maslah pemanasan global dan juga mengurangkan pengunaan elektrik...marilah kiter bersama supprt ..jom le bile lagi...aku pun tak sabar nak rasa pengalaman macam tue....satu malaysia padam lampu....



tarikh hari kiamat WAllahuallam.

Mesti korang tkejut kan..neway, just bace dulu n evaluate it later…Allah sahaja yang tahu kebenarannya.
Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007 Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062 Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahualam

Semua ini telah dikaji Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun Cubalah anda kirakan sendiri

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

Tuesday, March 24, 2009

Kejadian Kemalangan Aneh KM 131 - KM 168

cerita nie aku baru jer dapat pagi semalam...just nak kongsi info nie pada semua...aku x terlibat pun dalam situasi nie ...cume kita kongsi la cerita brother nie...jom kite baca

Jam 1.50 Petang....

Pada hari isnin 9-3-2009 baru ini saya melalui jalan dari KL ke JB, setibanya di antara Tangkak dan exit Pagoh KM 148 kereta yang saya pandu tiba2 hilang kawalan, berpusing dan berhenti selepas seketika berpusing didalam longkang besar di tepi h/way tersebut. Mungkin akan ada suara" nakal menyatakan saya memandu laju, mmg patut la termasuk dalam longkang tetapi semasa kejadian tersebut saya hanya memandu pada 100km/j sahaja...

Semasa itu yang bermain difikiran adakah berlaku mechanical failure? tayar pancit ke? atau tayar tidak mencengkam jalanraya akibat waterpool dibahagian tertentu h/way tersebut...
Alhamdulillah keluarga saya selamat, anak yang sedang bermain2 dibelakang.. .... dengan izin Allah side curtain terbuka dan menghalang muka anak saya dari terkena cermin tingkap. (VOLVO FOR LIFE) hehehehe











Terima Kasih tidak terhingga pada Dino & Yambest yang sanggup datang dari JB....
Yambest - Terima Kasih tolong bawakkan barang2 aku n hantar adik2 ipar aku ke airport - sempat lagi diorang naik flight ke Sarawak
Dino - Terima Kasih amik aku kat tepi jalan h/way (bahaya tu melintas h/way) - masuk tangkak buat report polis, hantar aku ke bengkel pastu hantar balik ke JB...... takziah juga (mak dino sendiri accident n sekarang ni ada hosp. - patah tulang bahu n rusuk)

Jam 2.30 petang

Seketika selepas mengambil gambar kereta saya dan setelah menghubungi polis serta PLUS sebuah kereta Peugeot berwarna silver dari lane kiri didepan mata saya juga berpusing nampak macam gerak perlahan je semasa berpusing. Saya nampak dengan jelas kerana ketika itu saya duduk berhampiran dengan kereta anggaran kelajuan kereta tersebut hanyalah pada 60-70km/j sahaja... Anggaran kerosakan hanyalah sekitar RM2000- RM3000 sahaja, roda kiri hadapan serta fender kiri sahaja...... ... Adakah kebetulan mechanical failure atau kecuaian saya dan pemandu kereta kedua ini?



Jam 3.20 petang

Polis penyiasat trafik dari Balai Polis Tangkak sampai...

Ketika saya dan 2 orang adik ipar saya berbual dengan owner kereta yg kedua, sebuah Honda City juga berpusing dan melayang kearah kami yg sedang berbual di seberang longkang. Dalam keadaan kucar kacir tersebut kami cuba lari dari arah kereta yg datang dan spontan terus melompat menyeberang longkang h/way tersebut. Keadaan kereta Honda tersbut agak teruk dan nampaknya body Honda ni ringan melayang terus menyeberangi longkang dan melanggar 2 tiang kebun diberhentikan oleh pokok2 kecil seolah2 belukar diseberang longkang tersebut.
Adik ipar saya cedera akibat terjatuh semasa melompat.... ..

Jam 3.30 petang

Ketika kami membincangkan perkara2 yang perlu dilakukan selepas kejadian, tiba2 sebuah kereta Mercedes Benz S350 juga berpusing dan menghala juga ke arah kami nasib kami baik kerana kereta tersebut telah dihentikan oleh kereta Peugeot , jika tidak memang kami yg sedang berbual kena sapu dengan Merc tersebut.... ........ Peugeot - telah remuk belakang, tepi dan hadapan (total loss).. Malang nasib pak cik tu... asal rugi 2k-3k terus total loss....





Pegawai penyiasat trafik terus mengarahkan bomba datang untuk melihat keadaan jalan serta kami diarahkan untuk berdiri jauh dari kawasan kejadian... Jawapan bomba - Jalan raya tidak mempunyai minyak...... ......... ......... .. bomba terus pergi selepas tgk lokasi...... ......... .......?? ???

Persoalannya disini adakah betul diperkatakan bahawa jalan tersebut disabotaj oleh tow truck yang cuba mencari keuntungan? atau, kecuaian dari PLUS yg tidak menyelenggara jalan dengan baik? atau, benarkah dakwaan penduduk tangkak bahawa KM 131 - KM 168 mempunyai sesuatu yang aneh? misteri? penunggu?

entahlah.... mcm mana pun nasihat saya berhati2 lah dengan jalan tersebut

Saturday, March 21, 2009

Teknik melajukan firefox anda

Pengenalan Ringkas -

Mozilla Firefox - juga dipanggil ‘Firefox’ - secara umumnya cuma satu Internet browser yang percuma, sama seperti Internet Explorer sebagai contoh. Mozilla dengan erti kata lain menyediakan satu kumpulan software lengkap untuk aplikasi web seperti browser, bersama mail client, chat client dan banyak lagi.

Firefox Terlalu Popular ? Jadi, mengapa Firefox terlalu popular berbanding produk-produk Mozilla yang lain?

Kerana ia merupakan satu aplikasi ringkas, jadi anda tidak perlu bertukar kepada aplikasi lain secara tiba-tiba sedangkan anda amat menyukai aplikasi yang anda gunakan sekarang seperti Outlook Express, mIRC, dll. Anda boleh muat turun Firefox dan gunaknnya bersam-sama aplikasi web-based yang lain - Internet Explorer pun boleh - tanpa perlu menghadi sebarang masalah. Anda tidak perlu lagi install pelbagai software untuk setiap fungsi yang anda ingin gunakan, cuma tambahkan extension yang anda ingin gunakan dalam Firefox. Sekurang-kurangnya anda dapat jimatkan ruang cakera keras anda untuk install pelbagai aplikasi yang anda ingin gunakan.

“Ok” anda jawab, “Saya malas…kenapa saya perlu muat turun. install dan tweak Firefox - kenapa saya tidak boleh terus je gunakan Internet Explorer?”

Pertama sekali, tiada sebab anda tidak boleh gunakan kedua-dua browser sekaligus. Artikel ini bukan untuk membuktikan bahawa Microsoft merupakan Jin Ifrit. Internet Explorer 7 merupakan browser yang bagus, Tetapi alasan yang paling kukuh untuk anda bertukar kepada Firefox adalah kerana top-notch security, Firefox ada ciri-ciri tamabahan yang tidak mampu difikirkan oleh logik akal yang sudah pasti tiada dalam Internet Explorer. Firefox boleh di’customize’ dalam pelbagai cara yang mana tidak berlaku pada Internet Explorer. Firefox berubah/evolusi dengan pantas kerana ia meruapan aplikasisumber terbuka / open source software, ia ada komuniti dan developer yang sanggup menghabiskan banyak masa dan usaha dalam memberikan respon yang pantas kepada keperluan pengguna, membaiki sebarang ‘vulnerability’ yang ingin ‘exploit’ secepat mungkin, dan merubah Firefox kepada satu browser yang perlu ditandingi. Secra fakta, developer memerlukan idea daripada pengguna untuk memberikan idea kepada mereka supaya ciri-ciri baru dapat dicipta dalam versi Firefox yang akan datang.

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox. - Credit to Tok_Aslim.

kepada pengguna Streamyx… kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti…

1. Buka firefox anda, dantaip kat address tu —-> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer …… dan paste skrip berikut ———–> nglayout.initialpaint.delay ………….. pastu set 300

kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada —–> 0

kalau masih tidak suka dgn kelajuannya… cuba yg ini pula, type skali lagi —-> about:config

1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests

2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -

network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)

3. pastu type skali lg —–> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut —>
nglayout.initialpaint.delay
set kepada 0

dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)

kita boleh test… sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba……