Cari Apa yang Anda Mahu dengan GOOGLE

Custom Search

Tuesday, January 27, 2009

Khasiat Pokok Mas Cotek


Sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya , Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Ianya mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit . Terbukti herba ini sangat baik untuk penjagaan kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.

Nama mas cotek adalah merupakan nama temaptan yang popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama 'sempit-sempit' . Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai 'agoluran' . Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil 'tabat barito' dan beberapa nama di darah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ianya dikenali sebagai ' Kangkalibang'. Walaupun sedemikian, nama mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan lebih dikenali jika berbanding dengan nama-nama tempatan yang lain



Bintik-bintik halus berwarna emas (kuning) pada daun mas cotek

Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas(kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helain daun tumbuhan ini.

Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltioidea

Secara tradisi, nama tempatan serta pengkelasan jenis mas cotek dilakukan mengikut spesis seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung terutamanya di Terengganu, speisis telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di Kelantan. Jenis Delima sudip boleh diperolehi di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung.
Menurut pengamal perubatan tradisonalm mas cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu

o Mas cotek jantan
o Mas cotek betina

Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat antara spesis mas cotek jantan dan spesis mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok mas cotek jantan. Bahagian belakang daun mas cotek jantan terdapat bintik merah. Pada kebiasaannya, daun-daun ini mempunyai satu titik merah, tetapi terdapat juga daun yang mempunyai dua atau tiga bintik merah.




Bagi mas cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibanding spesis jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya tetapi warna bintiknya hitam. Selain itu, urat daun betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan. Urat daun mas cotek betina menyerupai daun mas cotek jantan.



Bagi mas cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibanding spesis jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya tetapi warna bintiknya hitam. Selain itu, urat daun betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan. Urat daun mas cotek betina menyerupai daun mas cotek jantan.














info www.herbatani.com