Cari Apa yang Anda Mahu dengan GOOGLE

Custom Search

Wednesday, March 11, 2009

MENGGEMPARKAN!!! Beruang Besar giler!!!!!

nie aku dapat dari web maner aku pun dah luper...tapi mengikut ceritanya beruang nie dah mengamuk di merata kampung kat maner pun aku x ingat...tapi sempat la dia meratah daging sorang dua daging manusia...tapi askar AS berjaya tumpaskan beruang nie...besor tue


Tapak tangan dia ja dah besor badan kiter...besor besor


Contoh kertas kerja Projek ternakan ikan keli

info www.silatpanglimakasim.blogspot.com

PERMOHONAN PERUNTUKAN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK TERNAKAN IKAN KELI
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TAHUN 2008.


1. Projek : Pembangunan Manusia Asas
Komoditi ( PMAK )
2. Sub Projek : Ternakan ikan keli
3. Jenis Projek : Ternakair
4. Status Projek : Pembesaran Projek
5. Nama Pertubuhan Peladang : Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Siput (U)
6. Negeri : Perak Darul Ridzuan
7. Objektif Projek : Seperti di dalam kertas kerja
8. Lokasi Projek
8.1 Kampung : Kampung Jalong
8.2 Mukim : Sungai Siput
8.3 Daerah : Kuala Kangsar
9. Saiz Projek : 1 ekar
10. Tarikh Projek dimulakan : Januari 2008
11. Status Tanah dan Kelulusan : Seperti di lampiran
11.1 Hak Milik : Abdul Hamed bin Abdullah
11.2 Kelulusan Menggunakan Tanah : 1 ekar
11.3 Keadaan Tanah Sekarang : Tanah terbiar
11.4 Kemudahan Sedia Ada : Berdekatan dengan kolam dan jalan raya
11.5 Kesesuaian Tanah : Seperti di lampiran
12. Kaedah ( Korporat,usahawan / perlaksanaan projek ( Nyatakan kaedah / Modal ) : PMAK
12.1 Kaedah ( Korporat, usahasama dengan swasta dan usahawan, agihan pendapatan )

Peserta Projek : 70 %
PPK : 30 %
12.2
Jawatan / anggota Bilangan Gaji / emolumen Separuh / sepenuh masa
Ahli 4 Tiada Sepenuh masa / berjadual
13. Jadual Perlaksanaan : Seperti di lampiran
14. Kos Projek ( Nyatakan kerja – kerja dan kos terlibat secara terperinci ) :
14.1 Pecahan Kos
14.1.1 Kos Tetap : Seperti dalam kertas kerja
14.1.2 Kos Operasi : Seperti dalam kertas kerja
15. Modal diperlukan
( Berdasarkan kepada aliran wang tunai projek ) : RM 40,000.00

16. Pembiayaan Modal :
16.1 Peruntukan Grant : RM 40,000.00
17. Pemasaran Hasil :
17.1 Jangkaan Tarikh Pengeluaran : Mac 2008
17.2 Anggaran Harga : RM 2.50 / kg
17.3 Anggaran Hasil : 8.8 mt / sepusingan
17.4 Kaedah Pemasaran : PPK Sungai Siput (U)
18. Daya Maju Projek :
18.1 Untung / Rugi Projek
18.1.1 Jumlah Pendapatan : RM 22,000.00
18.1.2 Jumlah Perbelanjaan : RM 8,200.00
18.1.3 Untung / Rugi : RM 13,800.00
18.1.5 Kadar Pulangan Dalam (IRR): 30.02 %
18.1.6 Titik Pulangan Modal (BEP) : Tahun ke 4

19. Impak Projek
19.1 Bilangan Ahli Mendapat Faedah : 93 orang ahli
19.2 Pendapatan Kepada Peserta : 805.00 / bulan
19.3 Peratus Sumbangan Projek
Kepada Perniagaan PP : 100 %
20. Penjelasan Ringkas Mengenai Projek : Seperti dalam kertas kerja


KANDUNGAN

Bil. Tajuk Mukasurat

1. PENDAHULUAN 7
2. OBJEKTIF PROJEK 7
3. BUTIRAN PROJEK
3.1 Lokasi 8
3.2 Saiz projek 8
3.3 Kemudahan infrastruktur 8
4. ORGANISASI PENGURUSAN
4.1 Pengurusan projek 8
4.2 Struktur organisasi 9
4.3 Pengurusan projek 9
4.4 Perlaksanaan projek 10
5. ASPEK PEMASARAN 10
6. ASPEK EKONOMI DAN KEWANGAN
6.1 Kos tetap 10
6.2 Kos berubah 11
6.3 Pendapatan projek 11
6.4 Untung / ( rugi ) projek 11
6.5 Pembiayaan 11
6.6 Pembahagian keuntungan 12
6.7 Analisa Pendapatan Projek - seperti lampiran m/s akhir
6. JUSTIFIKASI 12-13
7. KESIMPULAN 13
KERTAS KERJA PROJEK TERNAKAN IKAN KELI
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SUNGAI SIPUT (U)
PERAK DARUL RIDZUAN

************************************************************************

1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan memohon peruntukan sebanyak RM 40,000.00 ( Ringgit Malaysia : Empat Puluh Ribu sahaja. ) di bawah peruntukan Program Pembangunan Manusia Asas Komoditi ( PMAK ) untuk melaksanakan Projek Ternakan Ikan Keli sebanyak 5,000 ekor sepusingan.

PPK Sungai Siput (U) mengenalpasti sekumpulan peladang nita yang berjumlah 4 orang dan berminat untuk menternak ikan keli secara komersil.

Projek ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia, projek ekonomi dan pembangunan infrastruktur ke arah menyokong pengeluaran makanan di daerah Kuala Kangsar. Menggalakkan perladangan berasaskan kelompok untuk merealisasikan konsep satu kawasan satu produk (1K1P). Ini juga secara tidak langsung dapat memberi suatu galakan ke arah pengaktifan unit


2. OBJEKTIF PROJEK

 Membantu meningkatkan pendapatan kumpulan peladang nita PPK Sungai Siput (U) dengan menjadikan projek ini sebagai salah sumber ekonomi yang boleh dilakukan di persekitaran rumah.

 Membesarkan dan menperkemaskan projek ternakan ayam kampung sedia ada di unit yang dipilih agar boleh mencapai saiz pengeluaran ayam kampung organik yang besar dan komersil serta memenuhi kehendak pengguna dengan menghasilkan makanan yang bersih dan halal.

 Mengaktifkan unit yang berdekatan agar dapat berdaya saing kembali dalam bidang pengeluaran produk berasakan ternakan kampung / sumber sedia ada.

 Mewujudkan lebih ramai peladang nita di kalangan ahli peladang yang aktif dalam bidang ternakan disamping mewujudkan usahawan tani yang berwawasan dan berdaya saing.


3. BUTIRAN PROJEK

3.1 Lokasi
Kawasan ini terletak di Kampung Jalong dalam daerah Sungai Siput (U) dan jarak antara tapak projek dan PPK adalah 12km, tanah ini adalah hak milik En.Abdul Hamed bin Abdullah yang juga seorang Ahli Jemaah Pengarah PPK Sungai Siput (U) Perak.


3.2 Saiz Projek

Projek ternakan ikan keli ini dilaksanakan di dalam kolam simen dengan kapasiti sebanyak 80,000 ekor ikan keli sepusingan dengan jumlah 6 buah kolam ternakan simen berukuran 20' x 60'. Sebanyak 5 pusingan setahun dicadangkan untuk ternakan ini.


3.3 Kemudahan Infrastruktur

Kawasan projek yang dicadangkan berdekatan dengan jalan raya, kemudahan elektrik dapat dibekalkan, kemudahan air bersih boleh diperolehi dan berdekatan dengan kawasan rumah peserta bagi tujuan untuk memudahkan kerja-kerja di kolam dilakukan.


4. ASPEK ORGANISASI DAN PENGURUSAN

4.1 Pengurusan Projek

Satu jawatankuasa projek akan dibentuk bagi tujuan pengawasan dan penyeliaan supaya projek berjalan lancar mengikut dasar yang ditetapkan oleh Ahli Jemaah Pengarah PPK serta Lembaga Pertubuhan Peladang. Pengurus Besar akan bertanggungjawab kepada Ahli Lembaga Pengarah dengan menyediakan kertas kerja dan program yang berkaitan dengan pengurusan projek.
Pengurus Projek akan bertanggungjawab kepada Pengurus Besar di dalam perkara penyeliaan / pemantauan dan perjalanan projek agar jadual harian ternakan dipatuhi oleh peserta. Manakala Pengurus Bahagian Perniagaantani akan bertanggungjawab kepada Pengurus Besar dalam perkara yang melibatkan pemasaran ternakan ikan keli ini.
Satu jawatankuasa teknikal akan dibentuk terdiri daripada Pengurus Besar, Pengurus Projek, Pengurus Perniagaantani, Pegawai LPP Negeri, Pegawai Jabatan Haiwan Infoternak dan Jabatan Perikanan bagi membincangkan apa jua masalah berkaitan teknikal dan cadangan bernas projek ternakan ikan keli PMAK ini.


4.2 Struktur Organisasi


4.3 Pengurusan Projek


4.4 Perlaksanaan Projek

Kerja – kerja pembinaan kolam simen ini akan dilakukan secara kontrak. Darisegi gunatenaga kerja pula, pihak PPK akan menghantar borang permohonan projek PMAK. Projek ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh perserta dan jadual perlaksanaan kerja dan pembahagian tugas akan dibuat untuk memudahkan kerja pemantauan dibuat oleh Pengurus Projek.

Projek ini akan dijalankan dalam tempoh 7 tahun dimana setiap tahun dapat dilaksanakan sekurang – kurangnya 4 pusingan dan maksima sebanyak 5 pusingan. Ini bergantung kepada rutin kerja, pemasaran hasil, masalah penyakit dan pembasmian.


5. ASPEK PEMASARAN

Pemasaran ikan keli ini akan dilakukan oleh Pengurus Bahagian Perniagaantani dengan kerjasama diantara penternak / peserta PMAK, pemborong dan usahawan – usahawan PPK yang telibat dalam bidang pemasaran.

Harga yang ditetapkan untuk jualan dipasar basah adalah mengikut harga semasa pasaran yang dianggarkan sekitar RM 2.00 hingga RM 6.00 sekilogram.


6. ASPEK EKONOMI DAN KEWANGAN

6.1 Kos Tetap

a. Kos bagi peyediaan kolam simen dengan
Keluasan 20' x 60' dan tinggi 3' dengan
Kelengkapan sistem pengairan dan oksigen.
Bertiang dan berbumbung dengan sistem
Pendawaian elektrik. RM 32,000.00

b. Pengisar makanan. RM 800.00

c. Pam Elektrik 2 hp / diesel. RM 1,600.00

JUMLAH RM 34,400.00


6.2 Kos Berubah

a. Anak benih ikan keli sebanyak
80,000 ekor x 0.03 sen/ekor RM 5,600.00

b. Makanan ikan keli
( RM 0.50 sen x 2,400 kg ) RM 1,200.00

c. Ubatan dan vaksin RM 200.00

d. Pengangkutan RM 600.00

e. Elektrik RM 600.00

( catatan : makanan ikan keli akan diperolehi daripada lebihan bahan makanan basah di pasar seperti perut ayam, perut ikan dan sebagainya dan perbelanjaan berkenaan akan ditanggung oleh peserta).

JUMLAH RM 8,200.00


6.2 Pendapatan Projek

Perkiraan adalah diambilkira peratus kematian sebanyak 45 % iaitu 36,000 maksima dengan purata berat seekor 0.20gram ( sekilogram @ 5 ekor ).

a. Pendapatan jualan ikan keli
( 44,000 ekor x 0.20gram x RM 2.50 sen ) RM 22,000.00


6.4 Untung / ( Rugi ) Projek

a. Jumlah Pendapatan RM 22,000.00

b. Jumlah Perbelanjaan RM 8,200.00

Lebihan / ( Kurangan ) RM 13,800.00


6.5 Pembiayaan ( Ekuiti Modal )

a. Peruntukan PMAK RM 40,000.00
b. PPK / Peserta Projek RM 2,600.00

JUMLAH RM 42,600.00

6.6 Pembahagian Keuntungan

Pembahagian keuntungan akan dibuat setiap pusingan seperti berikut:

a. Peserta PMAK : 70%

b. PPK : 30%


6.7 Analisa Pendapatan Projek

Perkiraan pendapatan setiap peserta adalah seperti berikut :

a. Jumlah keuntungan satu pusingan : RM 13,800.00

b. Pembahagian keuntungan

* Peserta PMAK : RM 9,660.00

* PPK : RM 4,140.00

c. Pendapatan setiap peserta / pusingan : RM 2,415.00

d. Pendapatan purata setiap peserta / bulan : RM 805.00



7. JUSTIFIKASI PROJEK


Potensi Ternakan Ikan Keli.

Penternakan ikan keli menggunakan kolam simen telah terbukti dapat meningkatkan hasil pengeluaran ternakan. Ini adalah kerana pengurusan ternakan yang mudah dipantau dan penjagaan kebersihan kualiti air dapat ditentukan sendiri oleh penternak.

Disamping itu kerja – kerja penggredan ikan keli dapat dilakukan dengan mudah kerana dasar kolam yang rata dan tidak berlumpur. Proses penggredan ini amat penting bagi ternakan keli kerana keli merupakan haiwan karnivor (pemakan daging). Ketidakseimbangan ternakan dari segi saiz akan menggalakkan pemangsaan sesama ikan keli. Oleh yang demikian setiap ikan yang besar dan ganas/ hiperaktif perlulah diasingkan daripada kolam ternakan. Mengikut pengalaman daripada beberapa penternak yang telah mengusahakan ternakan keli, purata ikan keli yang bersaiz besar ini adalah sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan ternakan.

Ikan keli juga mendapat harga yang berpatutan dan permintaan yang tinggi dikalangan penggemarnya. Harganya sekitar RM 4.00 hingga mencecah RM 6.00 sekilo bergantung kepada kawasan dan bekalan. Purata penggemar ikan keli ini adalah daripada orang melayu dan kerana itu bekalan keli yang bersih dan halal perlulah dibekalkan oleh penternak yang beretika. Ini kerana terdapat beberapa kes dimana penternak memberikan bangkai ayam kepada ternakan keli sebagai sumber protein. Ini belum termasuk dengan penternak bangsa asing yang memberi makan bangkai khinzir kepada ternakan keli mereka. Oleh yang demikian perbuatan seperti ini hendaklah dielakkan dengan mewujudkan barisan penternak keli yang beretika, bersih dan halal kepada pengguna.


8. KESIMPULAN

Perusahan ikan keli dengan menggunakan kaedah ternak di dalam kolam simen amat menguntungkan kerana pengurusan ternakan yang mudah dan berkesan. Ini adalah kerana kualiti air dapat ditentukan dengan menggunakan alat pengukur pH disamping pengairan air yang berkesan dan praktikal.

Proses penuaian hasil juga mudah dilakukan memandangkan keli diternak di dalam kolam simen. Penangkapan hasil dilakukan di saluran air limbah keluar dengan membuka paip aras air dan seterusnya menahan keli di saluran air keluar. Hanya 1 orang pekerja diperlukan untuk tugasan ini berbanding sekurangnya 2 orang jika dilakukan di kolam tanah untuk memegang pukat. Kerja – kerja penangkapan hasil juga dapat diselesaikan dengan cepat dan menjimatkan masa.

Peratusan kematian keli juga dapat dikurangkan memandang usaha penggredan dapat dijalankan dengan lancar dan mudah bagi mengasingkan keli yang bersaiz besar dan agresif. Ini kerana sifat keli yang memakan daging dan sensitif dengan apa jua bentuk pergerakan dihadapannya. Sekiranya ternakan diusahakan di kolam tanah, masalah seperti ikan bersembunyi di dalam lumpur semasa proses penggredan tidak dapat dielakkan. Kerja – kerja penangkapan hasil juga memakan masa yang lama kerana keli bijak menyembunyikan diri dan membuat lubang di dasar kolam.

Kami amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan supaya PPK Sungai Siput (U) dapat menjalankan satu lagi projek yang memberi manfaat kepada ahli untuk memberikan PPK peluang untuk memperbaiki keadaan ekonomi ahli disamping meningkatkan pendapatan kepada kewangan PPK melalui jualan input pertanian dan pemasaran ikan keli.

Justeru itu kami benar – benar berharap supaya pihak tuan dapat meluluskan peruntukan grant sebanyak RM 40,000.00 ( Ringgit Malaysia : Empat Puluh Ribu Sahaja ) untuk menjayakan hasrat ahli dikalangan peladang nita untuk projek akuakultur ternakan ikan keli di dalam kolam simen.

PESANAN : PANDAI2 LER OLAH KERTAS KERJA NI, NI SEBAGAI PANDUAN JER. OK

MAKLUMAT TABUNG

Nama Tabung SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)
Jenis Pendapatan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 2 Januari 1990
Objektif Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

Pelabur Sasaran Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.

Kelayakan Bumiputera Malaysia.
Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak remaja berumur 12 tahun hingga 18 tahun ke bawah).


Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad

MAKLUMAT URUSNIAGA

Harga Seunit RM1.00
Bentuk Pelaburan Buku Pelaburan
Sijil


Pelaburan Permulaan
Minimum Buku Pelaburan - 10 unit

Pelaburan Tambahan
Minimum Buku Pelaburan - 1 unit
Sijil - Gandaan 1,000 unit


Pelaburan Maksimum
Akaun Dewasa - 200,000 unit
Akaun Remaja - 10,000 unit


Saiz Tabung Tiada had.
Caj Jualan Tiada
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik Serta-merta
Tempoh Bertenang Tiada
Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember


PRESTASI TABUNG

Tahun Berakhir
31 Disember 2006 2007 2008
Kadar Pengagihan
Pendapatan Seunit (sen) 7.30 8.00 7.00
Bonus Seunit (sen) 1.25 1.00 1.75

Sumber: Petikan dari laporan tahunan Skim Amanah Saham Bumiputera yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.

kenapa ISLAM mengharamkan babi?

untuk pengetahuan semua...ada sebab Islam itu melarang dan mengharam kan sesuatu...so kita sebagai manusia wajib mengikut apa yg perintah ALLAH Subahanah wata'ala.dalam isu ini bukan orang cina sahaja yg makan daging babi...malah lah ..org putih pun makan babi...jadi setelah video ini di publishkan di youtube...mengemparkan dunia....baru diorang tahu kenapa org MUSLIM x makan babi kite tengok video nie!!!!