Cari Apa yang Anda Mahu dengan GOOGLE

Custom Search

Saturday, March 21, 2009

overclock tambah kelajuan desktop & notebook ?

Overclocking atau lampau detik merujuk kepada kelajuan CPU pada tahap yang lebih daripada yang sebenarnya, biasanya ke satu atau dua tahap dari kelajuan CPU. Tujuannya untuk meningkatkan kelajuan CPU tanpa memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, CPU 600MHz ditingkatkan antara 650MHz hingga 800MHz. Tiga cara boleh dilakukan seperti menukarkan ketetapan jumper di atas papan induk atau di dalam CMOS Setup, meningkatkan sistem bas (FSB) dan menukarkan voltan operasi CPU.

Kelajuan dikira dengan cara mendarab sistem bas dan multiplier. Menukarkan voltan operasi CPU memerlukan kepakaran tinggi.

Kebaikan kepada tingkatan ini, tentunya melajukan lagi prestasi komputer. Keburukannya pula, sekiranya tidak berhati-hati, ia boleh merosakan CPU dan keseluruhan sistem. Ini berlaku akibat dari kepanasan CPU yang bertambah sehingga kadang-kadang boleh mencairkan soket. Pemasangan kipas 'heavy-duty' boleh menyelesaikan masalah ini. Sekiranya selepas overclocking, sistem tidak stabil, meragam atau panas tidak menentu, tukar ketetapan jumper ke asal dan lupakan overclocking sama sekali.

Selain melajukan CPU, ada beberapa perkara lain yang boleh meningkatkan prestasi komputer seperti menambah RAM fizikal, menukar cakera keras jenis 7200 rpm atau berasaskan sambungan SCSI @ SATA, kad video grafik AGP dengan RAM jenis DDR sebanyak mungkin dan papan induk yang mempunyai cache(cache adalah memory yang dibina di dalam prosessor) yang banyak.

No comments: